In Inspiration, Life, Love on
2 September 2008 with 6 comments
Aku tahu tajuk di atas akan mendatangkan geli-geleman dan muntah-muntah. Tapi aku tetap mahu mengatakan ini,
‘Selamat hari lahir buat Chentaku. Semoga apa yang dipohon termakbul dan sihat sejahtera selalu. Saya sayang dan cinta kamu. Terima kasih kerana hadir menyerikan hidup saya…’

In Blogging, Internet, Life, Technology on
2 September 2008 with 2 comments
Aku dah install Sweetcron di server Akarjiwa. Sweetcron ialah sebuah ‘lifestream blog software’ dan terma ‘lifestream’ dalam maksud yang mudah ialah rekod kronologikal aktiviti yang kamu lakukan ketika online dan offline. Ianya terhad kepada kandungan dan sumber yang anda mahu rekodkan.
Blog aku juga mempunyai laman lifestream sendiri yang menggunakan plugin Wordpress RSS Stream. Beberapa contoh aktiviti yang boleh direkodkan ketika online ialah seperti Delicious (bookmarking), Last.fm (lagu yang didengari) dan Flickr (foto yang diupload). Dikumpulkan semua ini maka telah menjadi satu kronologi sosial lengkap apa yang anda lakukan dalam seharian. Lifestream boleh dibuat sama ada mengunakan platform yang sedia ada atau install di server sendiri. Blog gaya Lifestream ini sudah pun bercambah dan akan menjadi trend suatu hari nanti. Percayalah.
Lihat saja blog pencipta Sweetcron ini, www.yongfook.com. Menarik bukan? Untuk lebih pemahaman, sila ke Lifestream Blog.
In Hobby, Life, Love, News on
21 August 2008 with 8 comments
UPDATE: Blog aku kini mesti diakses melalui www.baliomega.com dan bukan lagi www.baliomega.com/blog. Harap maklum.
Aku dalam proses menyiapkan 2 projek personal termasuk projek persetankan yang dah tersadai selama 2 tahun. Lama tu beb. 2 domain baru juga telah dibeli, salah satunya web perkahwinan kami. Semoga kesempatan yang diberikan digunakan sebaiknya untuk menyudahkan apa yang aku dah mulakan. Layout portfolio dan blog ini masih belum mencapai kepuasan aku, masih tercari-cari. Tidak tahu ke mana arah semua ini tetapi aku percaya aku boleh.
Tidak lama lagi aku akan ucapkan selamat tinggal kepada MW. Ilmu dan pengalaman yang aku timba sepanjang berada di sini sangat berharga. Semoga langkahku seterusnya membuatkan aku terus mengorak langkah maju terus ke hadapan. Insya’Allah. Sedih pulak aku hukhuk…