In Event, Life, Love on
3 January 2009 with no comments
Baliomega.com sudah pun berpindah ke server baru. Terima kasih kepada Azraai. Blog juga sudah diupgrade ke Wordpress 2.7 ‘Coltrane’. User interface dashboard Wordpress semakin kick ass! Masih belum terlambat untuk aku mengatakan Selamat Tahun Baru! Tahun baru yang sangat bermakna. Tahun baru aku sebagai seorang suami dan mempunyai seorang isteri. Pheww lega. Selesai sudah ijab kabul dan resepsi belah perempuan. Esok pula resepsi belah lelaki. Lenguh lagi pipi aku menahan senyum berposing depan kamera. Harap semua kawan dapat hadir untuk makan percuma dan melihat kedua mempelai yang comel.
Seperti biasalah kita akan mengimbas kembali tahun lalu resolusi kita tercapai atau tak. Bagi aku tercapai beberapa perkara dan bila masuk tahun baru ni dah bertambah kerana adanya seorang lagi ahli Akarjiwa iaitu isteriku yang tercinta
Jadi perihal blog ni pula sekarang kembali tunggang-langgang kerana aku ingin usahakan balik tema Wordpress BLMG 1.0. Kini semua web di bawah satu bumbung iaitu akarjiwa.com, baliomega.com dan artfave.com. Sekarang mari buat kerja!
In Life, Love on
25 December 2008 with 9 comments
Esok aku akan bernikah selepas Asar. Jadi inilah apa yang orang bujang rasa bila akan menamatkan zaman solonya. Aku terbaring merenung dan memikirkannya. Macam tak percaya. Aku mengenali dia setahun yang lepas seperti baru semalam pertemuan itu terjadi. Aku bersyukur dipertemukan dengannya, cinta hatiku. Aku berdoa kepada tuhan moga perkahwinan ini direstui olehNya dan beroleh kehidupan yang lebih baik sebagai hambaNya. Jika dulu kurang sempurna, selepas bersatu Insya’Allah sempurna hendaknya. Saling lengkap-melengkapi, menjaga dan menyayangi satu sama lain kerana dialah pasangan yang telah ditakdirkan seperti yang tertulis di Loh Mahfuz.
Doakan kami bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.
In Internet, Life, Technology on
20 December 2008 with no comments
Aku nak pindah rumah. Err maksud aku pindah blog. Nampaknya hosting sekarang ni dah tak mampu menampung fail-fail aku yang sudah hampir melebihi 1 gigabait. Jadi aku mahu pindah ke hosting 300 gigabait. Hoyeah! Selepas ini semua projek web di bawah satu bumbung.
Oh yer, sudah hampir 3 minggu aku menggunakan P1 W1MAX. Tidak perlu pasang talian telefon seperti Screamyx. Hanya plug & play modem sebesar kotak tali pinggang Padini. Agak besar juga kalau mahu di bawa ke mana-mana. Cuma kena pastikan kawasan itu mempunyai liputan. Persembahannya setakat ini tidak mengecewakan. Aku melanggan pelan P1 W1MAX 1200 (1.2Mbps) dan kelajuannya hampir mencecah maksimum. Sekarang ini kelajuan muat turun ialah 1.175Mbps. Memang puas hati. Aku sudah lama impikan kelajuan seperti ini. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata haha.
5 hari lagi aku akan menikah. Uh cuaknya…
In Concert, Event, Gig, Inspiration, Life, Love on
11 December 2008 with 14 comments
p/s Tajuk di atas tiada kena mengena dengan entri.
Aiyo lama betul tak mengoblog. Spam durjana pun dah lama tak komen sini. Rindulah sama kau Spam. Kini aku kembali memeriahkan dunia blog Malaysia ecehhh. Banyak benda aku nak cerita tapi akhirnya tak semua keluar di sini.
Agak sibuk seminggu dua ni kerana aku dah memulakan kerja baru bertempat di Technology Park Malaysia. Alhamdulillah semuanya ok. Sedang menyuaikan diri dengan cara kerja dan sistem mereka. Kawan aku si Nasir pun dah selamat jadi suami orang. Tahniah Nasir. Semoga kekal ke akhir hayat. Aku ditugaskan menjadi fotografer kedua rasmi mereka. Dia punya penat fuhh boleh tahan. Berpeluh dan lenguh. Baru tahu betapa penatnya dan dedikasi abang-abang fotografer di Malaysia.
Cerita lain pula Mogwai bakal menawan Malaysia. Semoga jadilah kau. Mogwai di Malaysia, 21 Januari 2009. Tempat? Masih belum diketahui lagi. Terima kasih Soundscape, We love you! Dulu Explosions In The Sky, sekarang Mogwai!!! Macam tak percaya mimpi ku jadi realiti. Next, aku mahu lihat Sigur Rós. Please. Aku bersimpati dengan Chenta kerana tak dapat melihat The Rock sebab hari tu (27 Disember) ialah hari perkahwinan. Rujuk www.livesounds.com.my. Takpe sayang, tahun depan ada lagi
Hari perkahwinan semakin hampir. 2 minggu jer lagi beb. Cuak jugak ni.
In Design, Inspiration, Internet, Life, Love, Photography, Photos, Visual on
27 November 2008 tagged lead with 6 comments

Web www.akarjiwa.com sudah dilancarkan.
Tinggal 27 hari 23 jam 58 minit 21 saat lagi.
In Life, Secret on
25 November 2008 tagged lead with 5 comments
Yer aku. Lebih selesa menggunakan kata ganti diri ‘Aku’ setelah beberapa lama menulis. Melihat entri yang lepas aku banyak membahasakan ‘Saya’ untuk tampak lebih sopan. Dah bosan.
Bukan itu inti entri aku kali ini. Sebilangan kawan sudah tahu. Rata-rata terkejut dengan keputusan itu. Aku sudah pun berhenti kerja di sebuah syarikat di Shah Alam sebulan lepas. (rujuk entri Salam aidilfitri dari ku…) Berhenti kerana aku merasakan tidak sesuai bekerja di situ. Pasti ada yang berkata, ‘Dalam saat kau ingin berkahwin, kenapa sanggup mengambil risiko berhenti kerja. Kalau tak dapat kerja lain bagaimana?’. Aku terpaksa mengambil risiko ini. Memulakan pencarian dan ke temuduga sekali lagi.
Akhirnya, aku akan ke Astro awal bulan 12. Harap ini yang terbaik untuk aku. Sama-sama berdoa.