Aku rakus!
Posted on May 25th, 2007 in Event, Gig, Internet, Life |
Semalam domain baliomega.com sudah mencapai bandwidth limit lalu blog ini tidak dapat diakses. Puncanya ialah aku pergi gatal streaming mp3 dari hosting dan memakan bandwidth aku dengan rakus. Blog ini juga slow disebabkan oleh plugin Run for Cover, integrasi cover album Amazon dengan playlist Last.fm. Sangatlah berat. Ada solusi untuk ini?
Aku ingin menukar template. Mungkin guna theme Hemingway. Inspirasi aku ialah Aethelyon dan Blog.Critical. Ada siapa tahu theme yang hampir sama dengan blog-blog inspirasiku? Supaya aku tak banyak kerja dan hanya tukar CSS dan grafik saja. Oh aku semakin pemalas.
Hari ini aku akan ke Melaka, menyaksikan Vinyl DC Festival 2007 atau nama lain yang lebih sopan ialah Malacca’s Music & Performing Arts Festival. Persembahan live dari pelbagai genre, rock, electro, hip-hop, dance, funk & soul, world music. Antara band yang akan perform dan aku tahu akan kewujudannya ialah Free Love, Muck, Ding A Ling, The Rhaman. Yang lain tidak dikenali sila perform dengan hebat yer. Juga ada market menjual barang-barang kreatif. Bermula jam 3 petang sampai 1 pagi. Tidur sana je la, buat macam Woodstock.
Ok dude gua mau tidur. Chalo. ZZzzzz
3 Responses
tolong jangan guna bahasa komputer. aku jadi dungu.
kedua2 blog inspirasi ko tu ada iras2 Hemingway
cuma font & interface diaorang ubah mengikut suka hati
tapi, aku rasa dua2 tu custom made punya design.. kau buat la satu Bali.. gempak punya!
wani // kehidupan aku diselubungi bahasa-bahasa perkomputeran. kalau tak paham tu buat-buat paham la. nanti kita borak pasal filem k.
mohdismail // aku boleh modified theme yang sedia ada. tapi kalau nak buat sendiri theme from scratch susah sikit la. kalau aku takde keje, boleh concentrate buat theme huhu.