The best road trip ever!
In Event, Flickr, Gig, Life, Photography, Photos, Road Trip on 30 May 2007
Sebelum aku terlupa cerita road trip ke Melaka baru-baru ni, baik aku catatkan disini sebagai kenangan. Kami berempat, Muiz, Shana, aku dan Atiqah bertolak dari Kajang dalam cuaca yang dingin menuju ke Melaka. Memang indah permai cuaca hari tu. Sedap jer merasa angin bertiup sambil mendengar lagu-lagu kompilasi yang aku burn seperti Metric, Aqualung, Bloc Party.
Kami sampai di A Famosa Resort lebih kurang jam 4 petang dan menuju terus ke tempat gig Vinyl DC berlangsung. Sangat mengecewakan! Gig tu indah khabar dari rupa! Nampak je macam grand, by invitation laa. Boleh dikira dengan jari berapa orang yang datang. Sangat menyedihkan. Kesian band yang perform. Nak sangat by invitation, tak jual tiket open. Dah macam konsert dalam filem Man Laksa. Stage dia sebijik macam dalam filem tu, beratap zink dan bentuk kotak kecik, keliling berpagarkan kain hitam. Selamba je orang boleh masuk selinap ikut mana-mana. Kalau nak tarik ramai orang, invite la band yang best macam Butterfingers ke, Hujan ke, Radiohead ke.
Dalam flyer ada tulis, ada jualan barang-barang handmade. Takde pun. Nampak sangat organizer bermasalah. Kami kecewa! Pulangkan duit kami huhu. Kami ingin rebel tapi apakan daya kami ni kerdil lagi comel. Bagi mengubat kekecewaan kami membawa diri ke padang golf berhampiran, photoshoot bersama model-model yang tak reti catwalk. Guling-guling atas rumput padang golf yang mampat dan berposing seperti baru lepas melakukan latihan golf yang kental. Ada tournament golf masa tu tapi bukan di tempat kami berguling. Hadiah BMW Convertible, Series mana aku tak ingat.
Hari dah senja, bertolak ke MMU Melaka. Jumpa kawan Muiz, Am @ Majid. Tenang orangnya. Aku tengok pun rasa tenang. Dia dan awek dia bawa kami jalan-jalan kat Jonker Street. Walaupun kampung aku kat Melaka, tapi tak pernah lagi rasa suasana kat Jonker Street. Happening. Kami dinner kat restoran yang agak usang dan mempunyai barang-barang tinggalan sejarah prahistorik sampai ke sejarah kemerdekaan. Kami makan Asam Laksa. Sedap wei. Kemudian berjalan-jalan melayan barang. Aku suka tengok pedang-pedang kayu ‘Kung fu melawan hantu’, pedang Setiawan dan katana yang terjual kat situ. Aku pegang satu pedang berbilah lebar yang biasa ahli Wushu guna dalam pertunjukan atau pertandingan. Harga boleh tahan RM300. Bila pegang pedang, mulalah fantasi ingin menjadi Obi-Wan Kenobi, Yoda, Lion-O ataupun Hiro Nakamura. Suasana kat sana memang best. Ada restoran, bistro, cafe yang kewl. Tengah sedap snap gambar, bateri kamera habis! Ah memang bengang gila laa masa tu. Rasa nak lempang-lempang je diri sendiri kerna tak charge bateri. Pengajarannya sediakan bateri sebelum habis. Beli bateri spare atau dapatkan battery grip. 400D sudah off, D40 la tinggal. Lepas tu kami bergambar sakan kat area kubu A Famosa. Posing atas meriam lagak macam Pirates of the Caribbean. Kami semua memang ada bakat jadi model cuma tak dikembangkan je bakat tu hehe. Dah lama aku tak turun Melaka, dah siap pun shopping complex Dataran Pahlawan. Kedai pun hebat-hebat. Ada Quiksilver, MNG, Padini Concept Store etc. Tak perlu pergi KL dah orang Melaka kalau nak shopping. Badan sudah penat lalu bermalam di rumah Majid. Terima kasih ye kerana menumpangkan kami, anda memang seorang yang kewl.
Pagi Ahad, aku bangun awal. Mungkin sebab terlampau excited. Bangun awal dah tak tahu nak buat apa. Orang lain semua sedap tidur lagi. Semua dah siap, lunch pastu pergi bandar sekali lagi. Photoshoot disiang hari pula. Bateri kamera aku sudah fully charged. Apa lagi, Snap! Snap! Dengan panas terik yang membahang kami tak hiraukan, semangat menjadi model sangat kental. Pergi Pulau Melaka pula. Bergambar kat tepi pantai, berhampiran dengan Masjid Selat Melaka yang baru siap. Oi panjang gila aku tulis. Dah, cukup. Aku dah takde idea. Dipendekkan cerita, memang best gila pergi Melaka hari tu. Walaupun gig tak best, jalan-jalan kat Melaka memang best bila ada geng yang gila-gila dan kaki foto. Lepas ni pergi mana plak geng? Penang?




















wow, penang? dtg ah? tapi kat sini, keta sewa kete. sbb aku takde kete…
ahhaha. aku nak gik melaka gak. one day trip, harap menjadi la…
chayok!
cite panjang-panjang, tunjuk le gambo!
gambo akan menyusul kelak disuatu tarikh yang tidak dapat dipastikan. tunggu pasti menyusul. kalau tak menyusul maknanya aku malas dan sedang hangat bercinta haha.
nyampah, bila bercinta je, semua kerja hdup tak jalan. tak seimbang betul pertumbuhan ko ni. sptutnya bila bercinta, kerja lain jadi lagi hebat dan pantas.
entahnya..hantar la sekeping 2 gambar kat Melaka
he he
ooo..dah ada blog baru tak cakap!! =(
hahah… tu laa.. kalo pegi forum perdana kan tk nyesal…… dah laa foto2 yg dijanjikan takde… arrghhh…
tu la pasal. nanti aku letak gambar k. sabar semua. bawak bertenang.
syoknya jalan2.. next month dida balek la mlake xsaba plak nk tgk the changes there
lain kali kena spare bateri la bali…dr pemerhatian aku photo2 dlm flicker ko 400D ni mcm menarik je dr d40x..aku tgh blur nak angkat 400d atau d40x…
mmg nanti beli bateri spare. erm aku rasa takde beza kamera ni. masing-masing ade kelebihan. orang yang menggunakan tu je yang tentukan hasilnya menarik ke tak.
aku sokong. kalau guna mark 1 pun, tapi mata dan kepala tak kreatif, serupa pakai point and shoot je… ahahahha… oleh itu, sedarlah ruang. sekian… crumpler akan menyusul…
aku sokong, mmg org yg menentukan hasil…
kalau pakai canon mark 1 dan equipment harga ribu ribu pun, tapi mata dan bakat takde, serupa baik pakai point and shoot je.
xyah beli kamera memahal… ahahha
kan kan… ???
oh satu lagi, jgn tiru shot org lain…
oh oh.