Mari menulis

In Blogging, Event, Life, Road Trip on 17 July 2007

Aku tidak pandai menulis blog seperti Beck atau Nizam Nuri. Mengubah ayat menjadi sedap, padat dengan sindiran dan ungkapan yang provokatif. Aku cuma penulis yang menulis untuk diri sendiri dan untuk bacaan kalian yang aku rasa tidak sampai 10 orang semuanya. Terima kasih kerana berkunjung dan membaca.

Tahniah untuk Hadi yang telah pun mendirikan rumahtangga bersama Nadia. Pasangan yang amat cocok sekali. Dia ialah rakan ku yang sama-sama belajar di MMU dan orang pertama dari 10 sekawan yang menamatkan zaman bujangnya. Ya 10 sekawan. Aku masih ingat ketika itu kami bersepuluh tinggal di penthouse Villa Permai Puchong. Pergi MMU naik bas, pergi makan bersepuluh, usha awek gebu kedai makan, skodeng rumah orang haha. Kini semua telah berkerja dan telah memasuki fasa baru iaitu berkahwin. Aku menjangkakan selepas ni Teleng, Jet, Nasir. Aku? Aku tak tahu lagi bila. Aku tak pasti.

Weekend lepas kami menghadiri majlis persandingan Hadi & Nadia di Cherating. Terima kasih Hadi kerana menyediakan penginapan untuk kami. Alang-alang berkunjung ke Cherating lalu kami ke Kemaman mencari Otak-otak, Sata, Sotong & Ikan Celup Goreng dan Kopi Hai Peng. Makan tak ‘hengat’ punyalah. Sangat best journey ini. Seperti ingin travel lagi bersama rakan-rakan. Oi korang marilah ke Penang.


* Ralat - Sebenarnya 11 orang kawan. Aku tertinggal satu. Mungkin nombor 10 lebih enak disebut hehe.

10 Comments

Make A Comment

Leave a comment