Perkara Pelik
In Blogging on 22 July 2007
Punggung aku ditag oleh Suessy. Senaraikan 6 perkara pelik mengenai diri anda. Hurm aku pelik ke? Korang rasa aku pelik? Dari segi pemakaian aku yang ketat ni? Pelik tak? Ehem.
1. Aku labelkan diri sebagai pendengar muzik alam semesta. Aku dengar semua jenis muzik hatta lagu yang mendayu-dayu, memuja-muja perempuan, meliuk-liuk bak periuk, lagu Melayu lama. Satu je mengenai aku ialah suka bunyi-bunyian. Kesukaan aku ialah band post rock jepang Mono. Mereka ialah maestro bunyi-bunyian yang buat aku terpaku, menangis, tersentak, keliru, rasa bodoh, takut, hebat, macam-macam. Dan juga aku susah nak ingat lirik walaupun lagu tu beratus kali dengar. Lebih lekat melodi dari lirik. Aku rasa Lagu Negaraku je yang aku boleh nyanyi sampai habis tanpa iringan muzik hehe.
2. Aku tak minat bola. Orang sanggup bangun pagi buta semata-mata nak tengok World Cup dan English Premier League. Aku tak sanggup. Aku lebih suka tidur dan bermimpi yang indah-indah. Kawan-kawan aku semua suka tengok bola. Aku tengok juga kalau mereka layan bola kat kedai mamak tapi setakat tengok je lah. Aku tak tahu siapa player, siapa coach, strategi macam mana, kekuatan team tu macam mana, bahkan rules main bola pun aku tak tahu. Kali terakhir main bola ialah masa form 5. Tu pun main hentam je dan aku tak pernah main futsal. Heee.
3. Aku benci spam! Aku benci sampai aku biarkan Gmail terbuka sepanjang masa dan setiap minit akan menunggu spam yang muncul lalu dinyahjahanamkan dari email. Dah jadi tabiat. Buka email dan mengtongsampahkan spam. Spam plak banyak pasal seks. Sex sells. Viagra la, menang loteri la, dapat harta wasiat la, hot chicks la. Jadah.
4. Aku bukan setakat tak suka tengok bola bahkan semua sukan aku tak minat tengok. Badminton, sepak takraw, golf, tennis, F1, MotoGP, semua tak minatlah. Apa yang aku minat? Jab fikir. Takde beb kalau sukan. Memang betul-betul geek aku ni. Kehidupan aku sangat dipenuhi dengan Internet dan komputer. Surfing ialah hobi sebenar aku. Aku jumpa macam-macam web dari Digg, CSS Mania, CSS Remix, Computerlove. Manfaatnya untuk mencari inspirasi bagi meningkatkan kreativiti dan skill. Fotografi juga hobi tapi tak sekerap surfing yang 12 jam sehari ku lakukan. Lepas kerja aku online pula kat rumah. Tengoklah mata aku ni eyebag teruk gila macam mata beruang panda.
Aku hanya dapat senaraikan 4 perkara pelik. Lagi 2 aku tak dapat fikirkan. Puas dah aku fikir. Jadi kesimpulannnya aku bukan seorang yang pelik. Sesiapa yang baca entri ini, kalau rasa boring dan tak tahu nak tulis apa kat blog bolehlah tag diri sendiri. Selamat.




















Ye ke ko tak minat badminton? Bukan masa kita tgk Piala Thommas dkt villa dulu ko punya lah riuh sokong Malaysia? “Bahan… bahan…” hahaha!
aku rasa tu kali terakhir aku tengok perlawanan badminton kat tv haha
tapi utk team Malaysia aku sokong la. bahan! bahan!
ahaha, ko bukan minat telur?
telur pun aku tak minat. ko tau aku minat apa? aku minat asam pedas. sungguh berselera aku makan.
ko minat assam pedas ek?? versi ape?? nyonya ke melayu?? aku pun minat jugak…tapi minat masak jela…nanti senang2 bulehla aku masak dan ko yang tukang rase…bleh la bwat benchmark…muahaha!!!
woh ko nak masak asam pedas eh. mesti sedap giler. uhh aku tengah terliur ni.
#2, kau dengan mummooze samer dan samer dengan keith flint dan liam howlett… and according to mr [marilyn] manson, he doesn’t believe in the morale of sports … i think boleh add #5, the watches… remember the watches… how geek you could be …? that was unique, though…
toodles!
woh ada juga manusia lelaki yang tak suka bola.
ya aku suka jam yang tekan-tekan, elektronika. kalau la ada jam perentas masa…