“8 peristiwa, 15 folder, 1892 fail foto.”

Itu jumlah gambar-gambar yang masih belum dipilih, diedit dan diupload ke Flickr. Akibat berlengah-lengah, banyak pula foto menanti. Kini setiap hujung minggu aku keluar dan mengambil gambar. Tak lengkap aku ke mana-mana event tanpa kamera disisi. Oh aku terlepas 1 gig di Annexe Central Market Jumaat lepas. Terlepas aku nak tengok band dari Indonesia iaitu Polyester Embassy dan juga band Malaysia fevretku, KLPHQ. Tidak mengapalah lain kali saja kita ketemu. Aku baru saja pulang bersuka ria dari Melaka dan Port Dickson. Maka makin bertambah folder foto haha. Sila lempang aku kasi rajin sket.

Aku mahu ke luar negara untuk bercuti. Sedang memikirkan. Ofismet merancang ke Chiang Mai. Bajet, bajet, bajet. Nak buat pasport lagi. Aduh.

* Laman Colophon dan Visualr sudah update. Ada gambarku yang comel. Kalau pernah nampak, tegurlah. Saya peramah orangnya hehe.