Seni provokasi

In Humour, News, Visual on 27 September 2007

lukisan01.jpg
Pak Lah sebagai Einstein dan Wan Azizah sebagai Marilyn Monroe.

lukisan02.jpg
Lim Kit Siang sebagai punk dan Abdul Hadi sebagai urban hippie.

Bertemakan ‘Kalaulah’, foto Dr Mahathir dipaparkan sebagai seorang hakim, Abdul Hadi sebagai seorang urban hippie, Lim sebagai seorang pemuda punk berketurunan Cina, Anwar (rasta man yang cool), Karpal (Ketua Polis Negara), Samy (sami Buddha di sebuah kuil), Rafidah (wanita seksi berambut afro yang sedang memegang pistol) dan Najib (sadhu, golongan agama di India).

Hishamuddin berkata semua tokoh politik ini dipilih kerana imej-imej mereka sering menguasai ingatan orang Malaysia dan mereka boleh diangkat sebagai “ikon” negara di sepanjang 50 tahun kemerdekaan.

“Tetapi orang ramai melihat mereka dari satu sisi sahaja. Mereka ada satu imej sahaja. Apa akan jadi jika kita memberikan mereka gambaran dan tafsiran berlainan ke atas imej mereka? Sebab itu tema yang dipilih ‘kalaulah’ mereka …,” katanya.

“Misalnya, saya ubah suai (deconstruct) Wan Azizah menjadi seorang wanita manis dan seksi. Bayangkan, ke manakah Terengganu akan dibawa jika ia ditadbir oleh seorang menteri besar yang berjiwa urban hippie seperti Abdul Hadi digambarkan dalam lukisan saya.”

“Di negara kita, politik ibaratnya sudah sebati dengan keinginan seks. Imej-imej ini membangkitkan keghairahan visual kepada orang yang melihatnya,” kata Hishamuddin lagi, sebagai seorang pensyarah teori filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Petikan dari mSTAR Online.

Oh anak PM beli semua lukisan-lukisan itu. Kewl.

No Comments

Make A Comment

No comments yet.

Leave a comment