In Audio, Event, Flyer, Gig on
8 October 2007 with 5 comments
Mari dengar lagu dari kumpulan gitar rancak ‘The Otherside Orchestra‘. Lagu ‘Eksperimentasi Elektro Cinta’ membuatkan deria pendengaran ku menari-menari disko tekno. Aku pernah menyaksikan mereka secara live di gig ‘Indie Core Pest Control’ bulan lepas. Uhh kami menari bermandikan cahaya bola disko.
Gig terbaru, Sakit Kepala Fest 3!

In Internet, Technology on
8 October 2007 with 2 comments
Joost is now open for public!
Joost merupakan aplikasi TV Internet yang perlu dimuat turun dan selepas itu anda bakal menyaksikan beratus channel dan beribu TV show yang disediakan. Tiada jadual dan tonton sesuka hati anda, bila-bila masa sahaja. Terbuka kepada semua dan percuma. Pastikan anda menggunakan broadband.
Selamat menonton!
* aku tiada sebarang share dengan Joost.
In Life, Love on
8 October 2007 with 3 comments
Dah nak raya. Oh bulan puasa ni perut aku makin naik. Kesilapan sungguh.
Baju raya semua cukup. Tahun ni siap 1 persalinan baju melayu Johor cuma tiada capal dan songkok.
Tahun ni juga aku banyak berbuka kat luar. Banyak berbelanja dan banyak berjalan.
Tahun ni raya aku mungkin meriah mungkin tak. Tidak pasti akan balik ke kampung atau tak.
Tahun ni aku mempunyai teman istimewa
Selamat Hari Raya buat semua temanku. Salam mohon maaf segala silap perbuatanku yang hodoh, menjijikkan, menyakitkan, jelik, dan tidak seperti manusia normal. Moga puasa dan raya tahun ni lebih balik dari yang lepas.
In Blogging, Gadget, Life, Wishlist on
4 October 2007 with 10 comments
Aku sudah pun mencuba iPod Touch di Machines. Sangat best!
Berura-ura ingin memiliki gajet ini dalam masa terdekat. Ada ke duit?
Aku nak tukar theme blog ni. Kebosanan!