Kerja

In Internet, Life, News on 26 November 2007 with 16 comments

Aku jarang bercerita mengenai kerja, sama ada kerja pejabat atau freelance. Mungkin sebab aku rasakan kerja tu sesuatu yang orang takkan ambil tahu dan membosankan. Mesti korang tertanya, aku seorang Web Developer tapi kenapa tak tulis blog pasal web, CSS dan perkara-pekara berkaitan. Aku kerja 5 hari seminggu mengadap tags dan markup html, CSS. Biarlah disini aku mencurahkan perkara selain dari dunia itu. Kasi rehat sikit otak. Layan muzik ambien yang beremosi dan mendamaikan.

Oh semalam aku seharian bekerja bersama team Nanocosm-Software di KL Sentral menyiapkan fasa pertama projek sulung kami. Insya’Allah kalau kami berjaya execute aplikasi tu dalam masa 4 bulan, aku akan war-warkan disini.

Tak tahu pula ada huru-hara berlaku berdekatan KL Sentral. Patutlah ramai polis berkeliaran. Bimbang betul. Tak pasal-pasal kena Molotov Cocktail.

Crossborders

In Audio, Event, Flickr, Gig, Photos on 23 November 2007 with 9 comments

Soundlanding from Thailand
Read more

Fotografi yang tak sudah

In Gadget, Life, Photography, Wishlist on 22 November 2007 with 16 comments

Semua orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh beli semua benda. Kalau ikutkan aku tak mampu beli sebuah kamera DSLR. Aku berhutang dan membayarnya secara ansuran setiap bulan. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi nak dihabiskan. Aku kepingin speedlite, battery grip dan wide lens tapi macam biasalah duit menjadi perkara pokok. Fotografi, aku anggap ia suatu hobi kerana aku suka rakamkan detik-detik bersama kawan, pergi ke sana-sini melihat dunia. Disamping aku mempunyai kawan yang suka berposing maka kamera adalah wajib untuk dibawa ke mana saja.
Read more