En. Nurul Izwan

In Blogging, Humour, Internet, Life, Secret on 6 December 2007

En. Nurul Izwan
Lebih dikenali dgn nama Bali. Bekas ketua rumah Permai.Inc, haha. Aku kenal dia ni pun lama gak (rujuk atas). Dia juga antara kawan2 terdekat yg awal ada webserver dkt MMU (sebut pasal webserver, Izar pun ada gak dulu, Webserver Itik Serati Makcik Jenab, hahaha). Dia ni seorang yg ban (hakcipta 2001, Irwan Ishak) dan bugis. Dulu dia ada skateboard, tapi skrg tatau lah dia aktif ke lagi tak main. Dia juga skrg ialah antara orang kuat Persetankan.com, hence, dia skrg aktif berkamera pulak. Aku suka gak baca blog dia nih, tapi skrg dia dah jarang update (eleh aku, kata orang konon).

Kenangan bersama:
Villa Permai 2001, especially masa tgk Piala Thomas sama Labu “Bahan, bahan!”

Ini cerita dari blog sahabatku Razli. Dia mengulas perihal pendek yang mengingatkannya kepada rakan blog. Hurm menarik. Ban (terma ciptaan sendiri bermaksud bandar/kewl), bugis, skateboard? Haha itu semua cerita lama.

Apa yang aku boleh ulas mengenai dia?

En. Razli
Seorang gitaris, ahli muzik yang aku kagumi di kalangan rakan sebab boleh bermain pelbagai lagu. Cepat tangkap melodi lagu yang dia first time dengar dan terus main macam dah lama prektis. Antara orang belakang tabir dan kawan kepada kugiran Butterfingers. Dia dan muzik adalah seperti romeo dan juliet haha. Aku main bantai je tulis. Seorang yang kreatif dan merupakan illustrator vektor yang hebat. Dia trace gambar awek pergh cun melecun. So bila nak kawin ni beb?

9 Comments

Make A Comment

Leave a comment