Cuti

In Concert, Event, Film, Humour, Life, News on 26 December 2007

Baru-baru ini…

- Menyaksikan persembahan Dewa 19 di Stadium Negara. Suasana yang sangat best. Kami berada di tempat duduk yang sangat atas. Aku terpegun melihat orang sebelah bangun berdiri sambil menari dan menyanyikan lagu-lagu mereka. Penghujung persembahan aku pula bangun untuk bersama menyanyikan lagu ‘Larut’ :D

- Menonton banyak filem sampai aku tak larat. Filem Knocked Up, Super Bad, Ocean’s 13, Zodiac dan Smokin’ Aces. Aku recommend korang lihat filem-filem ini terutama Super Bad dan Zodiac. Untuk promo, Super Bad berkisar 3 orang rakan karib yang sengal ingin mendapatkan teman wanita sempena graduasi mereka. Filem ini penuh carutan dan sangat kelakar. Bayangkan sesuatu seperti Eric Cartman dalam South Park. Lebih kurang begitu kot.

Erm aku teringin menonton Anak Halal. Dalam trailer ada babak ‘bermain’ atas longgokan epal? Biar benar hehe. Aku pasti babak tu dipotong.

9 Comments

Make A Comment

Leave a comment