1 feb

In Audio, Concert, Event, Gig on 31 January 2008 with 6 comments

Mengikut dari soundscape-records.com, tiket Explosions In The Sky akan mula dijual pada 1 Februari 2008. Sesiapa yang nak pergi tu dah hafal lirik ke belum?

Ouh, nama saya Rambo

In Film, Inspiration on 31 January 2008 with 7 comments

Semalam aku tonton Rambo seorang diri. Teruja sebab Rambo adalah karektor yang menjadi idola aku sejak kecil. Aku masih ingat, suatu ketika dahulu. Kami main perang-perang dalam hutan belakang rumah disebabkan pengaruh filem perang dan Rambo. Propaganda Amerika menjadi. Tapi semalam, filem Rambo 4 tidak berjaya mengembalikan kegemilangan John Rambo yang sudah tua. Dia ada masalah mental sampai tidak mahu pulang ke kampung. Lupa daratan betul. Mungkin mengalami tekanan jiwa hasil dari keganasan perang Vietnam atau terkena senjata biologi Agent Orange lalu menjadi retard. Pisau Rambo yang menjadi identitinya juga sudah tiada. Kini mencari pasal di negara Myanmar. Campur tangan dalam pergolakkan perang saudara. Ingin menjadi hero tapi semuanya mati berbunuhan. Letup sana sini, pecah kepala, putus tangan, darah memancut, gadis diperkosa. Sadis. Masih mengekalkan aura lama. Title sequence menggunakan font tipikal ‘tentera’. Macam filem tahun 90an. Tiada bintang untuk filem ini walaupun rating 8.2/10 di IMDB.

Hurm aku perlukan hero baru.
Filem Jumper seperti best. Mahu tengok!

Sudoku

In Hobby, Life on 29 January 2008 with 4 comments

Semalam aku beli buku Sudoku untuk intermediate & expert level. Sudoku ialah puzzle penyusunan nombor berdasarkan logik akal. Macam terer je aku ni. Tak terer mana pun. Baru berjinak setelah diperkenalkan oleh chenta. Dah beberapa kali selesaikan beginner punya maka naik lah level. Rasa macam genius bila dapat selesaikan. Sungguh.

Nak try Sudoku? Cabar minda anda sekarang!