Apa kes?

In Concert, Event, Gig, Internet, Photography, Photos on 5 February 2008 with 9 comments

Ok isu kecurian foto telah selesai. Diharap wartawan tu mendapat pengajaran. Cuma aku hairan. Ketika ditugaskan menulis artikel tu, dia sedar atau tak apa yang dilakukan itu menyalahi etika kewartawanan. Dengarnya dia orang baru di situ. Jadi moral of the story, jangan ambil hak orang tanpa kebenaran.

Aku dah beli tiket Explosions. Jumpa semua di sana!

Kesan air

In Event, Flickr, Internet, Photos on 3 February 2008 with 10 comments

Aku baru lepas update flickr… dan aku tak letak watermark. Malas betul mahu letak. Orang majalah tu tak reply email. Patut ke aku dedahkan kepada umum macam kes Natasha Hudson?

Mulai sekarang, gambar-gambar terbaru di flickr aku akan berada dalam flickr slideshow atas ni. Selamat bervisual dan tolong jangan curi sewenang-wenangnya. Kalau curi juga, kau memang ****!

Hurm…

In Flickr, Internet, Photography, Photos on 1 February 2008 with 18 comments

Surat elektronik ku berbunyi begini…

Salam,

Saya menulis ini merujuk kepada majalah ________ edisi Februari 2008 terbitan ________ Sdn. Bhd. Mukasurat 51, artikel bertajuk ‘Mana Batik?’, dikarang oleh ________.

Untuk pengetahuan puan, 3 dari 5 foto di dalam artikel ‘Mana Batik?’ ialah foto hak milik saya, telah digunakan tanpa pengetahuan dan kebenaran. Foto itu boleh didapati dari flickr saya iaitu di http://flickr.com/photos/baliomegatron.
Read more