Konser Peterpan

In Audio, Concert, Event, Life on 28 April 2008 with 9 comments

Aku rasa ini kali pertama aku dapat berdiri dekat dengan stage di konsert besar macam tu. Biasa di gig je aku dapat melihat dari dekat. Terima kasih sayang kerana membawa saya. Terima kasih Celcom hehe. Banyak juga aku ambil gambar tapi semua angle yang sama je. Persembahan pembukaan oleh Nitrus dan Hujan. OAG tak jadi perform tapi pelik di akhir konsert aku nampak Radhi ditemuramah. Seperti biasa Hujan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Terima sajalah Hujan adalah ‘in’ sekarang ini. Sesiapa yang membenci tu, diam-diam sudeyyy. Aku pun menyukai Hujan dahulu ketika mereka tidak begitu popular seperti sekarang. Sekarang oklah aku masih suka mendengar mereka tapi tidaklah suka sehebat dulu. Aku pun suka band-band indonesia seperti Peterpan. Album ‘Taman Langit’ dan ‘Bintang Di Surga’ memang menjadi fevret. Album selepas itu aku dah kurang mendengar. Aku juga suka lagu-lagu Dewa, Padi dan Gigi.

Aku suka Hujan. So what?
Simbah aku dengan minyak bijan dan bakar!

Macam biasa

In Concert, Event on 26 April 2008 with 5 comments

Oh esok aku ke Konsert Peterpan. Tiket free. Terima kasih daun keladi.

Konsert! Konsert!

In Audio, Concert, Event, Flyer, Gig, Inspiration, Love on 24 April 2008 with 4 comments

Envy live in Singapore! Pergh semua pakat turun Asia Tenggara. Envy ialah band post-hardcore dari Jepang yang bernaung satu label dengan Mono dan Explosions in the Sky iaitu Temporary Residence Limited. Band yang bernaung di bawah mereka terdiri dari band post-rock dan eksperimental yang sedang meningkat naik. Antaranya yang aku penah dengar ialah Eluvium, Maserati, Rumah Sakit dan Young Widows. Tapi kalau Envy perform kat Singapore memang tak dapatlah aku nak tengok. Mai la sini datang sama dengan Mono. Kasi gegar ini Tanah Malaya!!!

Read more