Konsert! Konsert!

In Audio, Concert, Event, Flyer, Gig, Inspiration, Love on 24 April 2008

Envy live in Singapore! Pergh semua pakat turun Asia Tenggara. Envy ialah band post-hardcore dari Jepang yang bernaung satu label dengan Mono dan Explosions in the Sky iaitu Temporary Residence Limited. Band yang bernaung di bawah mereka terdiri dari band post-rock dan eksperimental yang sedang meningkat naik. Antaranya yang aku penah dengar ialah Eluvium, Maserati, Rumah Sakit dan Young Widows. Tapi kalau Envy perform kat Singapore memang tak dapatlah aku nak tengok. Mai la sini datang sama dengan Mono. Kasi gegar ini Tanah Malaya!!!


Satu lagi, band hardcore punk dari Canada, Comeback Kid akan membuat persembahan di Zouk 26 April ini. Aku tak pernah dengar lagu band ni tapi melihatkan video klipnya di YouTube, lagu dia memang best! Tapi tak dapat nak pergi, aku ada urusan yang lebih penting.

4 Comments

Make A Comment

Leave a comment