Konser Peterpan
In Audio, Concert, Event, Life on 28 April 2008
Aku rasa ini kali pertama aku dapat berdiri dekat dengan stage di konsert besar macam tu. Biasa di gig je aku dapat melihat dari dekat. Terima kasih sayang kerana membawa saya. Terima kasih Celcom hehe. Banyak juga aku ambil gambar tapi semua angle yang sama je. Persembahan pembukaan oleh Nitrus dan Hujan. OAG tak jadi perform tapi pelik di akhir konsert aku nampak Radhi ditemuramah. Seperti biasa Hujan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Terima sajalah Hujan adalah ‘in’ sekarang ini. Sesiapa yang membenci tu, diam-diam sudeyyy. Aku pun menyukai Hujan dahulu ketika mereka tidak begitu popular seperti sekarang. Sekarang oklah aku masih suka mendengar mereka tapi tidaklah suka sehebat dulu. Aku pun suka band-band indonesia seperti Peterpan. Album ‘Taman Langit’ dan ‘Bintang Di Surga’ memang menjadi fevret. Album selepas itu aku dah kurang mendengar. Aku juga suka lagu-lagu Dewa, Padi dan Gigi.
Aku suka Hujan. So what?
Simbah aku dengan minyak bijan dan bakar!




















sentiasa bes. anda lah.
iyelah, aku pon xfaham org yg benci2 sgt smpi nak fuck2 band hujan ni. xsuke diam2 je la kan. macam la band tu pernah bakar rumah diorang. keke
jangan marah-marah sayang.. nanti cepat tua. :p
Aku pun suka Hujan gak… hari hujan pun aku suka~
*bakar aku*
p/s:bali, knapa mesti minyak bijan?
fisrt time comment, i like ur photo, sgt bagus. kadang2 inspired by ur photo. LOL. by the way, aku pun suka dengar laju ujan, tak kira la diorang nk tunjuk bagus ke ape ke, sebab kita ni cukup bagus ke nak tunjuk bagus kan. Aku layan muzik je ar
ahahha… aku tak rasa bali akan terasa, tapi bali terasa. ahahha… bagi org bercita rasa muzik seeklektik engkau, aku sedikit hairan…
aku memang senang terasa. sensitif. jiwa aku halus.
dengar je semua muzik. lagu anuar zain pun aku dengar.
bukan jiwa halus, tapi jiwa seni
harmonic may rockestra, mau pegi? aku nak pegi sebab aku suke hujan. haha. x caye gi fp aku ade 1 entri khas hujan. agaga
woh macam best je Harmonic May Rockestra. Ada butter, ada hujan. nanti jomlah pegi sekali. nasib baik buat kat MCPA Grand Hall. kalau buat kat MCPA theatre hall, tanak aku pergi.