Erm

In Blogging, Design, Internet on 24 April 2008 with 2 comments

Aku mahu tukar theme lagi. Masih tak berpuas hati dengan theme yang aku gunakan sekarang.

Sakit belakang

In Life on 23 April 2008 with no comments

Sakit belakang bila aku menyandang sling bag Crumpler 6 Million Dollar Home. Tanda muatan dah bertambah berat. Aku bertubuh genit lagi comel. Perlukan sesuatu untuk menyeimbangkan keberatan. Erm…

Sayang…

In Film, Life, Love on 19 April 2008 with 3 comments

24 April, filem Love akan ditayangkan. Love ialah filem Cinta versi Indonesia diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Kabir Bhatia. Aku sangat suka filem Cinta. Sangat indah. Aku pula seorang yang jiwang memang ternanti-nantikan cerita ni.

Sayang, nanti kita tengok k. (sila muntah dengan ayat ni)

Ini kegilaan

In Audio, Concert, Event, Gig, Life, News on 17 April 2008 with 5 comments

Hoyeah kini aku kembali ke trek asal setelah 2 hari bersengkang mata sampai ke pagi menyiapkan projek. Ok seperti yang aku beritahu Mono akan datang Julai ini, Sigur Rós pula didengari berkemungkinan akan berkunjung ke negara jiran kita iaitu Temasek aka Singapura. Perghhh Sigur Rós wei. Takkan tak pegi. Gila ni wei gilaaa.

Oh lupa pula ada konsert Soilwork, 25 May ini di The Ruums. Mereka ialah kugiran Swedish melodic death metal seangkatan dengan In Flames. Best gak ni wei tapi aku dah lama tak dengar lagu ganas-ganas ni. Jiwa dah lembut agaknya. Bukan lembut awww ok.
Read more