Malam ini

In Event, Film, Hobby, Inspiration, Life on 29 May 2008 with 10 comments

Malam ini aku menonton teater muzikal P.Ramlee di Istana Budaya. Aku berbaju kemas hari ni. Takdelah kemas sangat cuma tak boleh pakai jeans.

Akhir-akhir ni aku banyak menonton filem. Yang terbaru ialah Iron Man, What Happens In Vegas, Forbidden Kingdom, Indiana Jones, Narnia, Once. Kini aku menantikan filem Ayat-ayat Cinta dan Sepi. Dua filem yang dikatakan hebat dan mempunyai tarikan tersendiri. Kita tengok saja nanti.

How often do you find the right person?

In Audio, Film, Inspiration, Life, Love, Visual on 23 May 2008 with 20 comments

2 hari lepas kami (saya dan Chenta) menonton sebuah filem muzikal Irish berjudul Once. Kami menontonnya di Mid Valley setelah melihat senarai filem yang terpampang tidak menarik minat kami untuk menonton. Kami tertarik dengan sebuah poster filem di situ. Tertarik dengan design poster, tagline, kata pujian dari Rolling Stone dan anugerah yang dimenangi. Kami melangkah masuk untuk melihat kehebatan filem ini.

“The best of the best at Sundance. A gift of a movie that is absolutely worth seeing more than once.”
Peter Travers, Rolling Stone

Read more

Nota Che Mad

In Life, News, Photography on 21 May 2008 with 3 comments

Terpampang di Kosmo, artikel ‘Nota Che Mad jadi panduan’.

Beliau merupakan guru design dan fotografi ketika aku belajar di MMU. Dan apa yang ditulis dalam artikel itu mengenainya adalah betul. Beliau seorang yang sangat disiplin dan mementingkan kualiti. Kami (pelajar Fakulti Multimedia Kreatif) sangat cuak bila tiba waktu menilai hasil kerja sekolah. Gambar black & white yang dicuci di darkroom pernah diconteng, dikoyak sebab tak mengikut panduan. Senget sikit jer, buka balik dan tampal lagi sekali. Gambar tak ikut ‘rules of third’, dipangkah/dibulat dengan pen marker. Sadis. Banyak juga duit melayang sebab subjek fotografi dan design. Tidak mengapa, niatnya untuk mengajar anak murid menjadi yang terbaik. Terima kasih Che Mad!