How often do you find the right person?
Posted on May 23rd, 2008 in Audio, Film, Inspiration, Life, Love, Visual |
2 hari lepas kami (saya dan Chenta) menonton sebuah filem muzikal Irish berjudul Once. Kami menontonnya di Mid Valley setelah melihat senarai filem yang terpampang tidak menarik minat kami untuk menonton. Kami tertarik dengan sebuah poster filem di situ. Tertarik dengan design poster, tagline, kata pujian dari Rolling Stone dan anugerah yang dimenangi. Kami melangkah masuk untuk melihat kehebatan filem ini.
“The best of the best at Sundance. A gift of a movie that is absolutely worth seeing more than once.”
Peter Travers, Rolling Stone
Berkisar mengenai seorang penghibur jalanan Dublin (lelaki) dan imigran Czech (perempuan) berbakat bertemuhubung melalui muzik. Mereka menulis lagu, bercerita, merakam lagu dan terselit kisah cinta yang jujur.
Ada satu adegan menarik dimana mereka mahu merakamkan lagu, sound engineer yang diupah menyangka mereka hanya sekumpulan penghibur jalanan picisan, yang tiada apa-apa. Sangkaannya salah setelah mendengar alunan melodi yang mencengkam jiwa! Saksikan klip When Your Mind’s Made Up.
Filem ini hanya menggunakan 2 handycam, disiapkan dalam masa 3 minggu dan berbajetkan €130,000. Filem hebat tidak perlukan CGI, teknologi yang canggih mendahului zaman, wanita berbogel, aksi ranjang, letupan di sana sini. Buat apa bajet beribu juta kalau jalan ceritanya kosong dan tiada pengisian. Filem yang jujur dan realistik akan diingat sepanjang zaman kerana memberi impak perasaan terhadap penonton.
Muzik memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi filem muzikal seperti ini. Boleh dikatakan semua lagu dari filem ini bermelodi indah dan penuh erti. Lagu Falling Slowly memenangi anugerah Academy Award 2008 untuk kategori Best Original Song. Sila lihat klip Falling Slowly.
Apa yang aku dapat katakan mengenai filem Once ialah… TERINDAH! Filem muzikal terindah aku pernah tonton. Perasaan cinta, keakraban, keamanan dan harapan berada disetiap lengkungan filem Once.
Kamu semua patut menonton Once.
20 Responses
ku suda tengok 6 kali. mahu tengok lagi huhu.
woh sampai 6 kali?! aku pun nak tengok lagi sekali. tak puas.
bali.. aku nak tinguk chenta ati sayang ko tu, hehe
aaa ke ko nak tengok aku surie. aku tau.
aaaa! dah keluar ke Once? uuu, ini cerita yg aku tunggu2 slame ni. aku pun teruja gara2 membaca review2 hebat, dan disbbkan kau pon dah me-review cerita ni dgn passionate-nye, aku makin xsabar nak tgk!
sila tonton! masih ditayangkan lagi di GSC
TAK! (dgn jujurnya aku jawab.. haha)
ala jgn la diperam kekasih hati tu.. meh sni tunjuk kt aku, come come..
ok suatu hari nanti aku akan tunjuk. ko tengok la puas-puas
waaaa…best eh cerita ni? anda membuatkan saya rasa ingin nonton cerite ONCE ini, tapi sini tiada panggung wayang..
rugi nye, i went to mid valley on friday..tp tengok cerita Narnia, Prince Caspian pretty boi lah… damness!
SEKALI (sekadar menjawab soalan..)
sekali? kenapa sekali sayang?
ala.. sayang neh bwat2 tanye plak..
*malu lantas menutup muke dgn selendang*
hahaha..
dah tu tanya.. How often do you find the right person?
itulah jawapannya. isshh :p
jiwang giler. bagus la tu. dunia ni perlu dipenuhi dengan kasih sayang. bukan hasad dengki.
yes saya jiwang. saya perlu mengakuinya kerana itu jiwa saya yang sebenar. jiwa saya penuh kecintaan. tanpa rasa cinta hidup saya hambar. bukan cinta kepada wanita sahaja yer adik-adik. banyak lagi kat dunia ini perlu dicintai termasuklah man-united.
aku mula2 dapat tau citer Once nie dari ex aku yg duduk di UK.. last year or awal tahun nie, aku pun tak igt.. dia agak melayan gak la citer yg ada nyanyi2 nie..
“you, ade citer baru kt sini, Once.. best! lagu dia, lyric dia.. sure u ske.. u kan ske damien rice gak.. camtu la kot lyric2 dia.. suara laki tue pun best..”
trus aku bergegas ke summit usj, cari dvd.. ahaha! jumpa..
beli.. malam tengok. trus dload sume soundtrack.. ahaha!
pastu baru2 nie aku g midvalley npk dia tayangkan Once..
terdetik dalam hati, “bagus.. biar malaysian tgk citer nie..”
dan kamu jatuh cinta sama nya

simple tapi hebat ya
cerita ni dah release last year kan. aku baru tau sebab tak sengaja nampak poster dia kat Mid Valley.
tak ramai orang tahu pasal filem ni. hari tu pun berapa kerat je yang tengok. so aku promote kat sini.
filem ‘once’ memang hebat. bajet €130,000 je tapi kutipan dah lebih $14 million. hebat hebat.
oo cite ni..dah tgk beberape bln lps..
f**king brilliant
spt ape yg bapak guy cakap
ler…baru kuar ke??
a’a ikmal baru keluar kat wayang. ingat senang ke cerita macam tu nak tayang kat pawagam malaysia yang sudah tentunya menglebihkan filem komersial dan hollywood. filem artsy-fartsy memang susah nak tayang. tapi aku tabik GSC sebab setiap tahun ada filem sebegitu ditayangkan walaupun tak banyak.