In Hobby, Life, Photography on
14 May 2008 with 10 comments
Mari belajar lighting di Strobist. Belajar bagaimana menggunakan flash/speedlite untuk menghasilkan gambar yang lebih bagus. Belajar ye adik-adik.
Aku kena mula eksperimen dengan flash baru ni. Perlukan tripod baru dan sumber cahaya satu lagi seperti lampu meja, L.E.D., lampu picit, laser point, cermin, kain hitam. Nanti mahu membeli-belah di Billion.
Aku sudah pun beli 2 tiket teater muzikal P.Ramlee dan akan menontonnya pada 29hb Mei ni.
Erm apa lagi ek. Aku lapar!
In Design, Internet, Life on
10 May 2008 with 12 comments
Dari pagi tadi hingga ke waktu aku menulis ini, aku telah pun menghasilkan sebuah tema Wordpress yang baru codename BLMG 1.0 hasil dari tutorial pantas oleh Dezinerfolio tentang cara-cara membina sebuah tema Wordpress yang asas. Terima kasih Dezinerfolio. Kini aku faham bagaimana tema Wordpress berfungsi. Tema ini masih belum finalize, masih banyak struktur yang perlu dibaiki dan dibina, juga perlukan sedikit solekan grafiks untuk persembahan yang menarik.
Oh hari ini ialah satu hari yang bermanfaat. Sangat.
In Audio, Internet on
9 May 2008 with 7 comments
Mari dengar KokoKaina.
KokoKaina yang berasal dari Malaysia bakal popular seperti Marie Digby kerana menyerlahkan bakatnya melalui YouTube dan kini dengar khabar telah pun ke Los Angeles untuk sign contract dengan syarikat rakaman kepunyaan Jack Johnson. Pergh tahniah! Moga sukses!
Aku suka lagu-lagu dia. Buat aku relaks dan tenang. Sesiapa yang minat Jazz dan Folk, silalah dengar.
Aku suka giler lagu ‘I Wish I’d Never’ dan ‘I Am Me, Once More’.
In Design, Internet on
6 May 2008 with 4 comments
Selamat Datang CSS Malaya ke persada Internet. CSS Malaya merupakan sebuah forum tempatan yang memberi tumpuan kepada satu topik iaitu Cascading Style Sheets ataupun lebih dikenali dengan CSS. Bagi para pembangun web dan designer, CSS sangat penting dalam menggayakan/mencantikkan laman web dan memudahkan pengguna membaca dan mendapatkan informasi (information design).
Semoga CSS Malaya dapat membantu rakyat Malaysia memajukan diri bersama Internet. Dibawakan oleh pencipta InfoMalaya, Mohd Huzairy.