Kemunculan web galeri yang tumbuh seperti cendawan

In Inspiration, Internet, Life on 9 June 2008

Sebagai seorang developer dan designer, aku telah memerhati perubahan web sejak 1999 hingga 2008. Satu perkara yang aku lihat tumbuh seperti cendawan ialah kemunculan web showcase atau galeri yang mengumpulkan web yang bagus, kemas, unik, berasaskan CSS dan XHTML, tema Wordpress sama ada free atau premium.

Setiap hari aku melihat, web seperti ini semakin banyak tumbuh meliar dan telah menjadi satu trend yang kewl untuk memiliki sebuah web showcase. Aku dulu pun pernah bercita-cita untuk mewujudkan sebuah web showcase sendiri melihatkan keunikkan web CSSMania dan CSSRemix. Tapi ianya sudah tidak unik setelah ia menjadi trend satu dunia. Aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu seperti Smashing Magazine. Mengumpulkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan untuk diri sendiri dan orang lain.

Ada satu idea yang terperuk dalam kepala otak aku ni. Mungkin aku boleh kumpulkan web showcase atau galeri yang wujud kat dunia siber ni sebab dah terlampau banyak. Mungkin… mungkin tidak.

5 Comments

Make A Comment

Leave a comment