Antara Sepi, Ayat-Ayat Cinta & Wanted…
In Film, Hobby, Inspiration, Life, Love, Visual on 1 July 2008
Sabtu lepas, aku ke Urbanscapes. Ahad pula aku menonton 3 filem sekaligus dalam masa satu hari. Mengenai Urbanscapes aku akan tulis dalam entri seterusnya.
Ini pertama kali aku maraton 3 filem di panggung. Di rumah pernah la juga maraton filem sampai ke malam. Tapi kali ini aku menonton bersama orang tersayang dan kerana filem-filemnya hebat, aku sahut cabaran Chenta ![]()
Dimulakan dengan Sepi pada jam 12.20 tengahari. Tak sabar mahu menonton filem ini kerana pengarahnya ialah Kabir Bhatia. Semua orang dah tahu mengenai kehebatan filem Cinta dan versi Indonesianya, Love. Maka kami menonton Sepi. Menghayati watak satu persatu, jalan cerita diterokai. Emosi bercampur sedih dan riang, gelak ketawa melihatkan lakonan Afdlin Shauki dan Nasha Aziz. Ada ‘twist’ pada pengakhirannya. Oh sebab tu lah dia begini. Patutlah. Ok itu kesimpulannya. Filem ini masih berjaya seperti filem terdahulu. Cuma ada sedikit kurang. Kurang garam rasanya. Filem Cinta ada adegan ‘penguat’. Lebih sedih dan lebih sadis. Itu pendapat aku saja.
4.10 petang, kami melangkah masuk ke panggung untuk filem kedua, Ayat-Ayat Cinta. Akhirnya kami tonton juga filem Indonesia bercorak keagamaan arahan Hanung Bramantyo, diadaptasi dari best-selling novel oleh pengarang bernama Habiburrahman El Shirazy. Pengambaran dilakukan di sekitar Mesir, India dan Indonesia. Dan wayang bergambar pun bermula. Kami tonton. Terasa pilu, emosi bercampur baur. Emosi sedih menguasai aturan filem hingga ke akhir. Apa yang aku dapat katakan, Ayat-Ayat Cinta ialah sebuah filem cinta Islam yang indah. Cerita seorang muslim yang utuh berpegang kepada prinsip dan ajaran Islam mengharungi onak duri kehidupan dengan tabah. Berkisar mengenai perkahwinan, hubungan sesama manusia, pengorbanan dan ketakwaan. Watak Fahri lakonan Fedi Nuril (watak utama) sangat menyakinkan. Ketika duduk di kerusi panggung, kami perasan 2-3 orang berketurunan Arab juga menonton filem ini. Mungkin mereka ada mendengar rebiu filem ini dan perlu melihat sendiri. Ending filem ini sangat tragis bagi aku. Aku dapat lihat perempuan menangis di tempat duduk hadapan.
Ok filem Wanted pula. Filem ini seperti filem Hollywood yang lain. Ada aksi tembak-menembak, letupan di sana-sini, ada Angelina Jolie (woo!). Filem ini filem aksi hebat bergaya. Boleh tembak melencong seperti hikmat sepakan lencong David Beckham. Hebat tuu. Cerita ni mengarut, macam biasalah cerita fantasi melampau Hollywood. Ada pula mesin tenun yang boleh berikan nama orang yang patut dibunuh berdasarkan kod-kod (binary code?) untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Okla cerita ini bagus dari segi aksi, gaya kewl, letupan dan sebagainya.
Erm dari ketiga-tiga filem ini, filem mana yang tersangkut dijiwa? …Ayat-Ayat Cinta.
Sila ke panggung dan lihat. Ayat-Ayat Cinta memberikan impak emosi lebih berbanding Sepi. Karekter, jalan cerita dan emosi diatur dengan baik sekali. Berjaya mengajak penonton ‘masuk’ ke dalam penceritaan.
Ok itu saja rebiu saya untuk kali ni. Sampai berjumpa lagi dalam entri seterusnya untuk rebiu-rebiu filem akan datang. Sudah tentu, wayang siapa kalau bukan wayang kitaaa…. ![]()




















thanks for the review bali. aku dah tgk wanted. mmg mengarut. terlalu byk assumption yg aku kena buat sbb nak puaskan jalan cerita, haha. teringin juga nak tgk ayat-ayat cinta ni, tp aku risau nangis xberhenti karang. emosi cerita2 sedih ni slalu effect aku berhari2 lamanya, huhu. sudah perkara biasa aku ter-hiccup time menangis dlm wayang. sunggoh memalukan ok.
wanted anti climax lah pada aku, mula2 gempak nak mampos ah..angelina jolie belakon ape pun gempak, dia diri tegak depan aku pun aku dah pengsan. tapi cite tu last2 cam ape je..ok lah, bole la pegi tgk..jgn salah masuk hall movie sudah!
Azzu: Ko hiccup masa nangis? Ko nak membesar lah tu.
Ijad: Kalau Angelina Jolie diri depan aku.. mesti aku terpaksa mendongak. Aku tak pernah salah masuk hall. Tapi pernah couple ni salah hall, dia duduk kat seat kitaorang.
Ayat-ayat Cinta, bukunya bagus. Sangat. Aku belum berkesempatan tonton wayangnya, tapi menurut rakan yang sudah, mesej dalam bukunya tak kesampaian dalam wayang. :)But then, that was just her. I’ll let you know what I think about it.
cheers, brutha!
Aku pun dengar begitu. Cerita dalam filem tak sama dengan novelnya. Ko dah bace yer buku tu.
gwe capek!
Kenapa kamu capek?
oh..bali da makin jiwang…. menuju ke 060708
ayat2 cinta ye.. hurm..
gonna try to have it a go..
haven’t seen that yet..
if there’s time -_-”
as for wanted and sepi, i’ve watched it..
sepi tgk sorg2 lak tue.. mmg sepi dah aku..
ahahaha! but yeah, like Cinta more rather than Sepi..
but i like Imaan nyer story between those three..
angie jolie sgt comel masa taknk bg laki tue turun tangga
at the first part depan2 tue.. ahah!
Sepi tengok sorang-sorang? Biar betul. Memang betul-betul sepi tu.
Ah Angelina Jolie. Apa saja yang dia buat mesti comel dan stylo.
seperti saya!
Yer seperti kamu