06.07.08

In Audio, Event, Gig, Life, Love, Secret on 13 June 2008 with 7 comments

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, submisi foto untuk 24 Hour KL dilanjutkan sehingga 16 Jun. Jadi, keluar snap hujung minggu ini dan hantar foto anda. Mana tahu foto anda akan terpilih untuk galeri 24 Hour KL di Urbanscapes nanti. Good luck guys.

Sabtu ini 14 Jun, Saudari Wani dan rakan-rakan akan mendendangkan lagu ciptaan mereka sendiri untuk anda semua. Persembahan akustik berjudul ‘This Is Acoustic’ akan berlangsung di KLPAC, Sentul. Lebih lanjut lagi di Facebook.

06.07.08 (6 Julai 2008)… sesuatu akan berlaku :)

Mono live in Malaysia

In Audio, Concert, Event, Flyer, Gig, Inspiration, Life on 8 June 2008 with 11 comments

Sudah beli tiket ke belum? Konsert mereka semakin hampir.

Ramai orang keliru Mono (Japan post-rock) ini dengan Mono (UK trip-hop) yang popular dengan lagu ‘Life in Mono’. Jangan keliru yer.

Bagi yang tidak mengenali Mono, sila rujuk:
Mono Official Site
Mono @ Wikipedia
Mono @ Youtube

How often do you find the right person?

In Audio, Film, Inspiration, Life, Love, Visual on 23 May 2008 with 20 comments

2 hari lepas kami (saya dan Chenta) menonton sebuah filem muzikal Irish berjudul Once. Kami menontonnya di Mid Valley setelah melihat senarai filem yang terpampang tidak menarik minat kami untuk menonton. Kami tertarik dengan sebuah poster filem di situ. Tertarik dengan design poster, tagline, kata pujian dari Rolling Stone dan anugerah yang dimenangi. Kami melangkah masuk untuk melihat kehebatan filem ini.

“The best of the best at Sundance. A gift of a movie that is absolutely worth seeing more than once.”
Peter Travers, Rolling Stone

Read more