Mono live in Kuala Lumpur

In Audio, Concert, Event, Gig, Inspiration, Love on 9 April 2008 with 4 comments

Macam dalam mimpi. Betul ke ni. Sila tempeleng aku. Huu menangis kegembiraan.

Mono live in KL!!!

Sila baca http://junkonline.net/node/819

EITS

In Audio, Concert, Event, Flickr, Gig, Inspiration, Photos, Visual on 23 February 2008 with 6 comments

Update: Explosions In The Sky live in Malaysia at my flickr or view as slideshow.

Letupan di Angkasa!

In Audio, Concert, Event, Inspiration, Life on 22 February 2008 with 2 comments

Letupan di Angkasa! Sebut Munaf dari Explosions In The Sky yang cuba berbahasa Melayu. Bagus-bagus, nanti datang sini selalu yer kita makan nasi campur hehe.

Persembahan EITS memang meletup! Sesuai dengan namanya, Explosions In The Sky. Live band performance yang aku rasakan yang terbaik pernah aku lihat seumur hidup aku. Mereka rock! Walaupun tanpa vokalis dan lirik, hanya muzik ambien dan bunyi-bunyian sudah cukup memberikan impak. Aku macam tak percaya aku berada di situ dan melihat mereka beraksi yang selama ini aku saksikan di YouTube. Bila part senyap, aku termenung dan fikiran aku melayang mengikut alunan melodi perlahan. Pergh layan.

Terima kasih kepada pihak Soundscape kerana membawa band EITS ke sini. Sila bawa lagi… Mogwai, Godspeed! You Black Emperor, Sigur Rós, Radiohead. Sila.

Gambar EITS akan aku update hujung minggu ni.

Heima - a film by sigur rós

In Audio, Concert, Film, Inspiration, Love, Visual on 15 February 2008 with 5 comments

Baru lepas menonton Heima. Sila rujuk entri Eighteen seconds before sunrise.

heima.jpg
Poster from Heima Artwork

Ini antara review mengenai Heima. Diambil dari web Sigur Ros.
Read more