In Concert, Design, Event, Life, News, Photography on
20 May 2008 with no comments
Dua fasa menuju ke kebahagiaan sudah berjaya. Tinggal lagi 3 fasa. Syukur. Macam taman perumahan pulak ada fasa-fasa hehe. Nanti aku khabarkan apa yang berlaku
Urbanscapes semakin hampir. Kini anda boleh undi artis yang anda mahu lihat mereka beraksi. Sila undi dengan berhemah. Untuk kategori band, aku undi mereka!
The Otherside Orchestra, Man Under Zero Effort, Deepset, Killeur Calculateur, i/am/rain, Tempered Mental, Auburn, Furniture, Lightcraft, Pesawat, Komplot, Republic of Brickfields
Read more
In Design, Internet, Life on
10 May 2008 with 12 comments
Dari pagi tadi hingga ke waktu aku menulis ini, aku telah pun menghasilkan sebuah tema Wordpress yang baru codename BLMG 1.0 hasil dari tutorial pantas oleh Dezinerfolio tentang cara-cara membina sebuah tema Wordpress yang asas. Terima kasih Dezinerfolio. Kini aku faham bagaimana tema Wordpress berfungsi. Tema ini masih belum finalize, masih banyak struktur yang perlu dibaiki dan dibina, juga perlukan sedikit solekan grafiks untuk persembahan yang menarik.
Oh hari ini ialah satu hari yang bermanfaat. Sangat.
In Design, Internet on
6 May 2008 with 4 comments
Selamat Datang CSS Malaya ke persada Internet. CSS Malaya merupakan sebuah forum tempatan yang memberi tumpuan kepada satu topik iaitu Cascading Style Sheets ataupun lebih dikenali dengan CSS. Bagi para pembangun web dan designer, CSS sangat penting dalam menggayakan/mencantikkan laman web dan memudahkan pengguna membaca dan mendapatkan informasi (information design).
Semoga CSS Malaya dapat membantu rakyat Malaysia memajukan diri bersama Internet. Dibawakan oleh pencipta InfoMalaya, Mohd Huzairy.