BarCamp Malaysia
In Event, Inspiration, Internet, Life, News, Technology on 3 July 2008 with 4 comments
BarCamp Malaysia dah full? Aiseh aku baru je teringat hari ni nak register tapi dah habis tiketnya. Terhad kepada 150 peserta saja.

BarCamp Malaysia ialah sebuah event ‘ad-hoc unconference’ yang lahir dari keinginan untuk berkongsi dan belajar dalam ruang yang terbuka. Semua peserta dikehendaki untuk terlibat sama ada membuat presentasi, demo atau berdiskusi dan sebagainya. BarCamp Malaysia ialah sebahagian dari pergerakan BarCamp yang semakin popular dan kerap diadakan di negara-negara Eropah dan Amerika utara.
BarCamp is an international network of user generated conferences — open, participatory workshop-events, whose content is provided by participants — often focusing on early-stage web applications, and related open source technologies, social protocols, and open data formats.
Directly quoted from Wikipedia.
Uniknya BarCamp kerana bersifat ‘unconference’ iaitu setiap peserta ialah kontributor aktif dan bukan sebagai pemerhati atau pendengar sahaja. Setiap orang terlibat membincangkan topik-topik penting, menjadi hos atau mengambil nota dan memberikan respon kepada topik perbincangan. Ia juga bersifat tidak formal dan topiknya fleksibel. Dengan kata lain, BarCamp ialah ‘user generated conferences’.
Akan berlangsung pada 26 - 27 Julai 2008 dan penyertaan ialah percuma. Aku mengharapkan registration dibuka semula untuk mereka yang tertinggal. Senarai perserta boleh dilihat disini. Banyak nama-nama yang familiar ![]()













