Foto konserto

In Audio, Concert, Event, Flickr, Photos, Visual on 4 May 2008 with 2 comments

Update: Gambar konsert Peterpan di flickrku.

Peterpan
Read more

Umur aku 26

In Event, Life, Love, Wishlist on 3 May 2008 with 9 comments

Selamat hari jadi kepada diri sendiri.
Terima kasih sayang untuk hadiah yang best itu!

Urbanscapes 2008!

In Design, Event, Inspiration, Life on 1 May 2008 with 6 comments

KLue Urbanscapes kembali setelah 4 tahun. Event yang memberikan aku sumber inspirasi suatu masa dahulu. Aku masih ingat lagi karya-karya digital dari Muid Latif (terkenal dengan ilustrasi oriental), Syamly (designer interaktif), Redrabit (artis piksel paling hebat di Malaysia). Dan itu pertama kali aku melihat kelibat Irman Hilmi (KLPHQ) yang sibuk ke hulu ke hilir berambut mohawk. Mereka semua ini ialah inspirasi aku 4 tahun lepas dan mempengaruhi style aku berkarya sampai ke hari ini.

Konser Peterpan

In Audio, Concert, Event, Life on 28 April 2008 with 9 comments

Aku rasa ini kali pertama aku dapat berdiri dekat dengan stage di konsert besar macam tu. Biasa di gig je aku dapat melihat dari dekat. Terima kasih sayang kerana membawa saya. Terima kasih Celcom hehe. Banyak juga aku ambil gambar tapi semua angle yang sama je. Persembahan pembukaan oleh Nitrus dan Hujan. OAG tak jadi perform tapi pelik di akhir konsert aku nampak Radhi ditemuramah. Seperti biasa Hujan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Terima sajalah Hujan adalah ‘in’ sekarang ini. Sesiapa yang membenci tu, diam-diam sudeyyy. Aku pun menyukai Hujan dahulu ketika mereka tidak begitu popular seperti sekarang. Sekarang oklah aku masih suka mendengar mereka tapi tidaklah suka sehebat dulu. Aku pun suka band-band indonesia seperti Peterpan. Album ‘Taman Langit’ dan ‘Bintang Di Surga’ memang menjadi fevret. Album selepas itu aku dah kurang mendengar. Aku juga suka lagu-lagu Dewa, Padi dan Gigi.

Aku suka Hujan. So what?
Simbah aku dengan minyak bijan dan bakar!