Antara Sepi, Ayat-Ayat Cinta & Wanted…

In Film, Hobby, Inspiration, Life, Love, Visual on 1 July 2008 with 12 comments

Sabtu lepas, aku ke Urbanscapes. Ahad pula aku menonton 3 filem sekaligus dalam masa satu hari. Mengenai Urbanscapes aku akan tulis dalam entri seterusnya.

Ini pertama kali aku maraton 3 filem di panggung. Di rumah pernah la juga maraton filem sampai ke malam. Tapi kali ini aku menonton bersama orang tersayang dan kerana filem-filemnya hebat, aku sahut cabaran Chenta :P
Read more

Seperti supernova dan nebula

In Event, Flickr, Hobby, Inspiration, Life, Love, Photography, Photos, Visual on 26 June 2008 with 16 comments

Persetankan manusia tak sedar diri tu. Aku rasa dia dah takut untuk membalas balik komen-komen dari rakyat Malaysia. Agaknya dah tersedar dari kebodohan.

Oh arahkan kursor kamu ke flickr saya. Terdapat gambar-gambar fireworks ketika Citrawarna 2008. Seperti melihat letupan bintang di angkasa (Rujuk Supernova) dan kepulan awan besar yang terdiri dari gas hidrogen, debu dan plasma (Rujuk Nebula). Sangat indah.

Seperti supernova dan nebula

Malam ini

In Event, Film, Hobby, Inspiration, Life on 29 May 2008 with 10 comments

Malam ini aku menonton teater muzikal P.Ramlee di Istana Budaya. Aku berbaju kemas hari ni. Takdelah kemas sangat cuma tak boleh pakai jeans.

Akhir-akhir ni aku banyak menonton filem. Yang terbaru ialah Iron Man, What Happens In Vegas, Forbidden Kingdom, Indiana Jones, Narnia, Once. Kini aku menantikan filem Ayat-ayat Cinta dan Sepi. Dua filem yang dikatakan hebat dan mempunyai tarikan tersendiri. Kita tengok saja nanti.