Kemunculan web galeri yang tumbuh seperti cendawan

In Inspiration, Internet, Life on 9 June 2008 with 5 comments

Sebagai seorang developer dan designer, aku telah memerhati perubahan web sejak 1999 hingga 2008. Satu perkara yang aku lihat tumbuh seperti cendawan ialah kemunculan web showcase atau galeri yang mengumpulkan web yang bagus, kemas, unik, berasaskan CSS dan XHTML, tema Wordpress sama ada free atau premium.

Setiap hari aku melihat, web seperti ini semakin banyak tumbuh meliar dan telah menjadi satu trend yang kewl untuk memiliki sebuah web showcase. Aku dulu pun pernah bercita-cita untuk mewujudkan sebuah web showcase sendiri melihatkan keunikkan web CSSMania dan CSSRemix. Tapi ianya sudah tidak unik setelah ia menjadi trend satu dunia. Aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu seperti Smashing Magazine. Mengumpulkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan untuk diri sendiri dan orang lain.
Read more

Mono live in Malaysia

In Audio, Concert, Event, Flyer, Gig, Inspiration, Life on 8 June 2008 with 11 comments

Sudah beli tiket ke belum? Konsert mereka semakin hampir.

Ramai orang keliru Mono (Japan post-rock) ini dengan Mono (UK trip-hop) yang popular dengan lagu ‘Life in Mono’. Jangan keliru yer.

Bagi yang tidak mengenali Mono, sila rujuk:
Mono Official Site
Mono @ Wikipedia
Mono @ Youtube

Update gambar

In Flickr, Inspiration, Photos, Visual on 2 June 2008 with 8 comments

Musnah

Update terbaru di flickr saya. Silalah jenguk.

Teater Muzikal P.Ramlee

In Event, Inspiration, Life, Love on 2 June 2008 with 8 comments

Terbaik! Hebat! Teater Muzikal P.Ramlee sangat menghiburkan.

Kredit kepada saudara Musly Ramlee kerana berjaya membawakan watak P.Ramlee dengan baik sekali. Suara dan gaya yang saling tak tumpah seperti seniman agung itu. Juga kredit kepada lakonan Liza Hanim (Saloma) dan Melissa Saila (Norizan). Dan kepada seluruh produksi teater ini, tak kira sama ada mereka ialah krew belakang tabir atau pelakon tambahan. Teater terbaik pernah aku lihat dari segi lakonan, muzik, gerak tari dan props. Tahniah.
Read more