In Humour, Inspiration, Internet on
25 June 2008 with 15 comments
Kreativiti aku baru nak bermula. Dah mula nampak design aku makin matang dan berkembang macam kembang bunga diwaktu pagi. Apa aku merepek ni.
Ok kita teruskan agenda entri kali ni iaitu mengenai keceluparan dan keberanian seorang rakyat Malaysia (budak punk-rock err) yang sudah tidak Malaysia lagi kerana telah menjadi rakyat Afrika-Amerikano celup dengan slang ‘ya know what ya ya ya’ yang sangat memeningkan kepala hotak semua manusia dan kata-katanya berbaur penuh hinaan, kecaman, kebencian terhadap bangsa sendiri. Haish manusia lupa daratan.
Read more
In Inspiration, Internet, Life on
9 June 2008 with 5 comments
Sebagai seorang developer dan designer, aku telah memerhati perubahan web sejak 1999 hingga 2008. Satu perkara yang aku lihat tumbuh seperti cendawan ialah kemunculan web showcase atau galeri yang mengumpulkan web yang bagus, kemas, unik, berasaskan CSS dan XHTML, tema Wordpress sama ada free atau premium.
Setiap hari aku melihat, web seperti ini semakin banyak tumbuh meliar dan telah menjadi satu trend yang kewl untuk memiliki sebuah web showcase. Aku dulu pun pernah bercita-cita untuk mewujudkan sebuah web showcase sendiri melihatkan keunikkan web CSSMania dan CSSRemix. Tapi ianya sudah tidak unik setelah ia menjadi trend satu dunia. Aku mahu mencuba sesuatu yang baru. Mungkin sesuatu seperti Smashing Magazine. Mengumpulkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan untuk diri sendiri dan orang lain.
Read more
In Design, Internet, Life on
10 May 2008 with 12 comments
Dari pagi tadi hingga ke waktu aku menulis ini, aku telah pun menghasilkan sebuah tema Wordpress yang baru codename BLMG 1.0 hasil dari tutorial pantas oleh Dezinerfolio tentang cara-cara membina sebuah tema Wordpress yang asas. Terima kasih Dezinerfolio. Kini aku faham bagaimana tema Wordpress berfungsi. Tema ini masih belum finalize, masih banyak struktur yang perlu dibaiki dan dibina, juga perlukan sedikit solekan grafiks untuk persembahan yang menarik.
Oh hari ini ialah satu hari yang bermanfaat. Sangat.
In Audio, Internet on
9 May 2008 with 7 comments
Mari dengar KokoKaina.
KokoKaina yang berasal dari Malaysia bakal popular seperti Marie Digby kerana menyerlahkan bakatnya melalui YouTube dan kini dengar khabar telah pun ke Los Angeles untuk sign contract dengan syarikat rakaman kepunyaan Jack Johnson. Pergh tahniah! Moga sukses!
Aku suka lagu-lagu dia. Buat aku relaks dan tenang. Sesiapa yang minat Jazz dan Folk, silalah dengar.
Aku suka giler lagu ‘I Wish I’d Never’ dan ‘I Am Me, Once More’.