Persetankan manusia tak sedar diri tu. Aku rasa dia dah takut untuk membalas balik komen-komen dari rakyat Malaysia. Agaknya dah tersedar dari kebodohan.
Oh arahkan kursor kamu ke flickr saya. Terdapat gambar-gambar fireworks ketika Citrawarna 2008. Seperti melihat letupan bintang di angkasa (Rujuk Supernova) dan kepulan awan besar yang terdiri dari gas hidrogen, debu dan plasma (Rujuk Nebula). Sangat indah.
Lihat flickr ku. Ada gambar-gambar di Citrawarna pada 25 Mei 2008. Lambat betul aku update. Ada gambar fireworks tapi aku akan update kemudian dalam folder flickr Citrawarna.
Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, submisi foto untuk 24 Hour KL dilanjutkan sehingga 16 Jun. Jadi, keluar snap hujung minggu ini dan hantar foto anda. Mana tahu foto anda akan terpilih untuk galeri 24 Hour KL di Urbanscapes nanti. Good luck guys.
Sabtu ini 14 Jun, Saudari Wani dan rakan-rakan akan mendendangkan lagu ciptaan mereka sendiri untuk anda semua. Persembahan akustik berjudul ‘This Is Acoustic’ akan berlangsung di KLPAC, Sentul. Lebih lanjut lagi di Facebook.