Apa kes?

In Concert, Event, Gig, Internet, Photography, Photos on 5 February 2008 with 9 comments

Ok isu kecurian foto telah selesai. Diharap wartawan tu mendapat pengajaran. Cuma aku hairan. Ketika ditugaskan menulis artikel tu, dia sedar atau tak apa yang dilakukan itu menyalahi etika kewartawanan. Dengarnya dia orang baru di situ. Jadi moral of the story, jangan ambil hak orang tanpa kebenaran.

Aku dah beli tiket Explosions. Jumpa semua di sana!

Hurm…

In Flickr, Internet, Photography, Photos on 1 February 2008 with 18 comments

Surat elektronik ku berbunyi begini…

Salam,

Saya menulis ini merujuk kepada majalah ________ edisi Februari 2008 terbitan ________ Sdn. Bhd. Mukasurat 51, artikel bertajuk ‘Mana Batik?’, dikarang oleh ________.

Untuk pengetahuan puan, 3 dari 5 foto di dalam artikel ‘Mana Batik?’ ialah foto hak milik saya, telah digunakan tanpa pengetahuan dan kebenaran. Foto itu boleh didapati dari flickr saya iaitu di http://flickr.com/photos/baliomegatron.
Read more

Fotografi yang tak sudah

In Gadget, Life, Photography, Wishlist on 22 November 2007 with 16 comments

Semua orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh beli semua benda. Kalau ikutkan aku tak mampu beli sebuah kamera DSLR. Aku berhutang dan membayarnya secara ansuran setiap bulan. Alhamdulillah tinggal 6 bulan lagi nak dihabiskan. Aku kepingin speedlite, battery grip dan wide lens tapi macam biasalah duit menjadi perkara pokok. Fotografi, aku anggap ia suatu hobi kerana aku suka rakamkan detik-detik bersama kawan, pergi ke sana-sini melihat dunia. Disamping aku mempunyai kawan yang suka berposing maka kamera adalah wajib untuk dibawa ke mana saja.
Read more

Fotowookies

In Event, Flickr, Life, Photography, Photos, Wishlist on 20 November 2007 with 1 comment

Yaa aku sudah mula rajin mengupload gambar. Di atas kesedaran ku melihat folder gambar yang semakin bertambah. Sebelum bertambah lagi, baik aku upload gambar-gambar yang tidak perlu diedit secara maksima. Terima kasih kepada 50mm f1.8. Insya’Allah hujung bulan ini, Canon 430EX. Fuhh…

Gambar dibawah ini bertarikh 6 Oktober 2007. Aktiviti berbuka puasa di Hotel Impiana. Kami mengelarkan diri kami Motionwookies. Saudara kepada Chewbacca :P
Read more